<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4760021489823453492?origin\x3dhttp://official-fari.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Welcome!

WELCOME note here
Put anything U want anything! :]

Miss me

About You
Hi I'm blah blah blah years old..


Say what?
Cbox or any Tagboard Here!



Credits

Designer: Wyona
Images: Cyworld | Wyona
Host: blogger | photobucket
Pixels: GG | Happyy-stop
Reference: blogskins



Past

<a href="http://web2.ourworld.com/ow/tracking?sour...
ASSALAMUALAIKUM
SMS 2 (short merapu story 2)
SMS (short merapu story)
PANTUN GURAU SENDAWA VERSI PUASA
FUYYOOO....!!!! ⁀) ✫ ✫ ✫. `⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫ ..✫¸...
LAPAR PUASA Lapar puasa terketar-ketar,Bila berbuk...
RAMADHAN AIR Selamat menaiki penerbangan RAMADHA...
PERASMIANehem2... (basahkan tekak dulu bah...)deng...
ELLO ELLO!ELLO!!! name sye... ah!!! mlz plos... so...


SMS 2 (short merapu story 2)
Friday, 19 August 2011

Dengarkanlah...


Lincah tangan Mancis memetik daun palas di Bukit Keromok. Saling tak ubah macam Yngwie Malmsteen memetik gitar instrumental lagu 'Kopi Dangdut'. Sememangnya bukit itu jarang menghampakannya. Meskipun orang kampung sering memomokkan hutan tersebut adalah kawasan orang bunian belajar memandu kereta. Daun palas atau nama saintifiknya cikgukemisahkerby, selain daun ketupat boleh dibuat bola boling sekiranya dianyam bentuk bulat. Selain itu, minyak pucuk palas, juga boleh dijadikan minyak diesel jika dicampurkan dengan sedikit peluh musang artik. Sesuai untuk kereta kebal persendirian.

Mancis mula mengira-ngira. Hasil jualan nanti boleh dibeli baju raya untuk anak-anaknya. Dia pelu segera ke turun ke pekan kerana peraih mananti stok daun palas tersebut. Bukit itu segera dituruni. Lembah dan lurah dilewati. Sampai ke denai Kampung Bakugan, tetiba die berada semula di puncak bukit itu. Dia agak cemas. Berpusing-pusing dia mencari jalan pulang tapi tidak jumpa "Sah aku dah kena main dengan Hantu Pintu, balaci bunianlah ni". Peluh berperisa kebab bakso mula membasahi dahi bogelnya.

Kali ini dia meredah sahaja perbukitan itu. Sekonyong-konyong tersergam pasaraya besar di hadapannya. "NORNIA HYPERMARKET- JUALAN SAWAN RAYA" reaksi mancis sebaik terpandang signboard tujuh segi. "Bila masa pulak ada pasaraya kat dalam hutan ni. Pasaraya bunian kot?". Dia mengambil risiko untuk singgah biarpun berasa was-was. Ketika melangkah masuk dia memerhatikan orang ramai sibuk membeli-belah. Aneh kesemuanya berambut tali guni macam Bob Marley. Mereka langsung tidak mempedulikannya lalu dia mengambil kesempatan meninjau-ninjau barangan. "Biar betul!" terkejut Mancis apabila melihat tanda harga. Gula sekilo RM 0.20. Minyak petrol seliter RM 0.20. Kuih raya 20 kilo RM 0.20. Semua barang harga dua puluh sen termasuklah handphone yang boleh dijadikan berus gigi. Memang murah gila tetapi dia syak wasangka.

Tidak lama kemudian seorang jurujual separa wanita menghampirinya. "Cari apa bang?" tanya jurujual berambut seperti cendol goreng itu.

"Cari jodoh. Err...silap, cari baju raya..." beritahunya tersasul.

"Baju raya kat tingkat atas. Semuanya harga sawan, dua puluh sen".

Pada mulanya dia hanya ingin melihat tetapi rasa berkenan pula. Buat isteri tercinta, dibelikan gaun kanopi yang berlabucikan lampu neon. Untuk tiga orang anak daranya, sut kebaya angkaswan yang digabungkan dengan kerongsang tanglung. Manakala dirinya sekadar baju mealyu yang berpoketkan kulit anakonda serta berjuntaian tali leher di bahagian ketiaknya. Habis memilih dia terus ke kaunter pembayaran. Not seringgit dikeluarkan untuk lima pasang baju. "Datang lagi ya!" kata cashier yang berwajah mirip seakan ketam nipah. Mancis pula kegembiraan walaupun rasa serba tak kena.

Sampai di rumah, hari menjelang senja. Dia terus menunjukkan baju raya kepada anak dan isterinya. Mereka tak pernah melihat busana anggun lagi ekskusif itu. Masing-masing tak sabar menantikan esok pagi. Apabila suria raya memancutkan rupa, tiba-tiba dia terjaga dek kejutan isterinya.

"Bang baju Ana, apa dah jadi ni?" Mancis hanya menggelengkan kepala apabial melihat cebisan daun-daun kering di tangan isterinya. Serentak dengan itu, anak-anak perempuannya turut menerpa sambil membawa cebisan daun yang sama. "Hmm... aku dah agak dah" Mancis mengeluh.

p/s: hehe..., amacam??? cite kali niy da x dewk bahase pasar ngan toyol da... peningkatan yg baek from me annn...???



07:47 |
SMS (short merapu story)


Dengarkanlah...


Ka-tika kao membacha ini kad, aku telah pon perada di Singapora. Ya, aku kuciwa karena kao lalu membawa diriku sa-helai sa-pinggang. Yakni, sa-helai seluar yengki dan sepinggang tali pinggang tempurong. Ya, aku churi2 naik keretapi barang lalu memancongkan idong ke Kota Singa. Bangga juga aku karena akulah orang yang pertama di Malaya yang lari dari rumah. Tapi dalam bangga ada musibahnya.

Kiranya bolih digostan masa dan mengingati malam Alompak Ago Go itu, nustinya aku tak akan ubah apa2. Itu jam kita sunggoh gombira. Kita bertemasya menyanyikan lagu resmi kita. Ingatkah di-kao itu lagu? Aku karang sa-kali lagi ya... tanya sama hud-hud apa sebab tak terbang dalam ayer nanti jawab hud-hud tanya algojo. Lihat dalam ayer nampak satu bayang kambing. Campak satu batu nanti bayang kambing pun betukar jadi bayang kuda belang. Apa nak dikata, karena darjat kita terpisah. Aku seorang dendang perantau. Kao pula keturunan santau menyantau.

Ini malam, ini jam, ini minit aku dudok sa-orang diri di tepian pantai. Walaupun kasaorangan dapat kurasakan kao ada di-sampengku. Mungkin kau bertukar menjadi batu karang. Mingkin kau brtukar menjadi ombak, pumpun atau pon teritip. Mambang zuhal asmaradansaku... mengapa perpisahan yang kao pinta? Kiranya kau pinta becha beroda anam sudah pasti aku coba tunaikan. Mengapa musti ada orang ka-tiga? Seterusnya orang ka-ampat dan orang ka-tujoh belas? Ternyata kekayaan mengabori mata tetapi mata tidak pernah mengabori kekayaan. Aku hanya semut kuning sedangkan kau umpama jin yang menyanyikan lagu sua sue kemoning.

Kala panggilan pulau syawal bergema, getaran jiwa melanda di-hatiku. Aku kuciwa. Hancor luloh ini hati bagaikan taik kerbau yang terkena bom askar Jepun. Mengapa kao bikin ini macam? Apa arti ini semua? Berbahagialah dikao di-dalam dakapan Doktor Salleh Kamel, kununya. Biarlah aku karam di lautan kencing tikos. Biarlah aku terdampar di gurun bangkai yang berbau nanah hancing. Usahlah dibilang simpati lagi.

Apa pon, aku musti tidak dapat melupakan kao sampai bila2. Au juga tidak akan masuk ke tandas perempuan sampai bila2 melainkan kalo aku menukar jantina jadi perempuan. Akhir kalam, kutitipkan kata2, Noyet Gumpreng Sengkelit Kriengkrai Mutalai. Atau dalam bahasa Malaya-nya bermaksud SALAM MUSAFIR DI-AIDILFITRI DAN JANGANLAH MENCEKIK KETUPAT DI REL KERETAPI KELAK DIRIMU DIKETAWAKAN OLEH SEKAWAN ITIK SERATI. Wassalam, tepong talam.

p/s: sorry kalu syew gune bahase Toyol wat karangan bab syew copy blat2 dari majalah G3…


07:36 |
PANTUN GURAU SENDAWA VERSI PUASA
Thursday, 18 August 2011



Dengarkanlah...






Bangun sahur ko jangan liat,



Bukannya mak suruh ko pegi menoreh,



Bila nak pose kene la niat,



Tak reti Arab, Melayu pun buleh.







Petang-petang menguli tepung,



Jangan diletak kat atas meja,



Sambil ngumpat, sambil korek idung,



Jangan ko kata, ko tak sengaja.








Drive-thru aje naik kereta,



Ko makan melantak, siang-siang buta,



Tak payah nyuruk memang dah nyata,



Suka la ko muka masok brita.








Bazar Ramadhan sume pelosok ada,



Itu ait soya la bukannya susu,



Murtabak, tako ko nak, sebut aje,



Ingat sikit oi jangan pulak ikut nafsu.








Melantak banyak perut ko boyak,



Tak reti nak stop, oi ko dah kembang,



Lepas makan, tarawikh jangan merayap,



Mentang-mentang setan kene ikat.








Meletup sini, kebaboom sana,



Abes mercun, meriam pulak,



Kira jari tak cukup lima,



Tak payah kenang toksah melalak.








Baju kurung, baju Melayu, baju kebaya,



Tu selendang bukan tuala,



Pejam celik dah dekat nak raya,



Shopping baju mak ai agak-agak la.








Buat kuih janganlah fedup,



Kalu tak sedap sendiri la tibai,



Biskut, kerepek sume sedap,



Malas buat, tunjuk je kat kedai.








Sume persiapan ko dah buat,



Tempoh sebulan ha! Lupa la tu,



Tak reti reti nak bayar zakat,



Dapat berkat dari Yang Satu.








p/s: sowy klu gune bhase psr plak kaliy niy... ehehe, besela... juz copy kat majalah G3...









06:19 |
Sunday, 14 August 2011

FUYYOOO....!!!!



⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ♥♥ ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ ░ ░ٌٌٌR░A░M░D░A░ N░░░K░A░R░E░E░ M░░ ˚ ✰* ★
.../ \ ˚. ★ *˛ ˚♥♥* ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ ♥♥ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚ ♥♥" ✰

✬.*`,✳.*✬


07:15 |
Wednesday, 3 August 2011

LAPAR PUASA




Lapar puasa terketar-ketar,
Bila berbuka,
Lega rasanya,
Perut buncit campur boyot,
Sembahyang tarawih jangan lupe,
BAH…^^


06:46 |

RAMADHAN AIR


Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR,
bernombor 1432H,
kita akan terbang dengan ketinggian 29/29 hari,
ke atas permukaan HAUS dan LAPAR,
para penumpang diwajibkan untuk memasang niat,
PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT.
Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN.
Saya,
NURFARIHAH selaku anak kapal,
Yang bertugas mengucapkan
SELAMAT MENEMPUH MADRASAH,
TARBIYAH RAMADHAN…


06:30 |