<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4760021489823453492?origin\x3dhttp://official-fari.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Welcome!

WELCOME note here
Put anything U want anything! :]

Miss me

About You
Hi I'm blah blah blah years old..


Say what?
Cbox or any Tagboard Here!



Credits

Designer: Wyona
Images: Cyworld | Wyona
Host: blogger | photobucket
Pixels: GG | Happyy-stop
Reference: blogskins



Past

SMS (short merapu story)
PANTUN GURAU SENDAWA VERSI PUASA
FUYYOOO....!!!! ⁀) ✫ ✫ ✫. `⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫ ..✫¸...
LAPAR PUASA Lapar puasa terketar-ketar,Bila berbuk...
RAMADHAN AIR Selamat menaiki penerbangan RAMADHA...
PERASMIANehem2... (basahkan tekak dulu bah...)deng...
ELLO ELLO!ELLO!!! name sye... ah!!! mlz plos... so...
Intro


SMS 2 (short merapu story 2)
Friday, 19 August 2011

Dengarkanlah...


Lincah tangan Mancis memetik daun palas di Bukit Keromok. Saling tak ubah macam Yngwie Malmsteen memetik gitar instrumental lagu 'Kopi Dangdut'. Sememangnya bukit itu jarang menghampakannya. Meskipun orang kampung sering memomokkan hutan tersebut adalah kawasan orang bunian belajar memandu kereta. Daun palas atau nama saintifiknya cikgukemisahkerby, selain daun ketupat boleh dibuat bola boling sekiranya dianyam bentuk bulat. Selain itu, minyak pucuk palas, juga boleh dijadikan minyak diesel jika dicampurkan dengan sedikit peluh musang artik. Sesuai untuk kereta kebal persendirian.

Mancis mula mengira-ngira. Hasil jualan nanti boleh dibeli baju raya untuk anak-anaknya. Dia pelu segera ke turun ke pekan kerana peraih mananti stok daun palas tersebut. Bukit itu segera dituruni. Lembah dan lurah dilewati. Sampai ke denai Kampung Bakugan, tetiba die berada semula di puncak bukit itu. Dia agak cemas. Berpusing-pusing dia mencari jalan pulang tapi tidak jumpa "Sah aku dah kena main dengan Hantu Pintu, balaci bunianlah ni". Peluh berperisa kebab bakso mula membasahi dahi bogelnya.

Kali ini dia meredah sahaja perbukitan itu. Sekonyong-konyong tersergam pasaraya besar di hadapannya. "NORNIA HYPERMARKET- JUALAN SAWAN RAYA" reaksi mancis sebaik terpandang signboard tujuh segi. "Bila masa pulak ada pasaraya kat dalam hutan ni. Pasaraya bunian kot?". Dia mengambil risiko untuk singgah biarpun berasa was-was. Ketika melangkah masuk dia memerhatikan orang ramai sibuk membeli-belah. Aneh kesemuanya berambut tali guni macam Bob Marley. Mereka langsung tidak mempedulikannya lalu dia mengambil kesempatan meninjau-ninjau barangan. "Biar betul!" terkejut Mancis apabila melihat tanda harga. Gula sekilo RM 0.20. Minyak petrol seliter RM 0.20. Kuih raya 20 kilo RM 0.20. Semua barang harga dua puluh sen termasuklah handphone yang boleh dijadikan berus gigi. Memang murah gila tetapi dia syak wasangka.

Tidak lama kemudian seorang jurujual separa wanita menghampirinya. "Cari apa bang?" tanya jurujual berambut seperti cendol goreng itu.

"Cari jodoh. Err...silap, cari baju raya..." beritahunya tersasul.

"Baju raya kat tingkat atas. Semuanya harga sawan, dua puluh sen".

Pada mulanya dia hanya ingin melihat tetapi rasa berkenan pula. Buat isteri tercinta, dibelikan gaun kanopi yang berlabucikan lampu neon. Untuk tiga orang anak daranya, sut kebaya angkaswan yang digabungkan dengan kerongsang tanglung. Manakala dirinya sekadar baju mealyu yang berpoketkan kulit anakonda serta berjuntaian tali leher di bahagian ketiaknya. Habis memilih dia terus ke kaunter pembayaran. Not seringgit dikeluarkan untuk lima pasang baju. "Datang lagi ya!" kata cashier yang berwajah mirip seakan ketam nipah. Mancis pula kegembiraan walaupun rasa serba tak kena.

Sampai di rumah, hari menjelang senja. Dia terus menunjukkan baju raya kepada anak dan isterinya. Mereka tak pernah melihat busana anggun lagi ekskusif itu. Masing-masing tak sabar menantikan esok pagi. Apabila suria raya memancutkan rupa, tiba-tiba dia terjaga dek kejutan isterinya.

"Bang baju Ana, apa dah jadi ni?" Mancis hanya menggelengkan kepala apabial melihat cebisan daun-daun kering di tangan isterinya. Serentak dengan itu, anak-anak perempuannya turut menerpa sambil membawa cebisan daun yang sama. "Hmm... aku dah agak dah" Mancis mengeluh.

p/s: hehe..., amacam??? cite kali niy da x dewk bahase pasar ngan toyol da... peningkatan yg baek from me annn...???



07:47 |